|
Adik-adik boleh
muat turun dan cetak senarai barangan yang tersenarai dibawah.
Semua artwork telah dimuatkan didalam kertas bersaiz A4 supaya
senang dicetak. Selalulah menjenguk ke mari ya! Kak Emila akan tambah
bahan dari masa ke
semasa!
Selamat mencetak!
Item 1: Senarai
Perkara Yang Perlu Dilakukan

Muat turun
Selepas cetak, adik-adik boleh
potong mengikut garisan keliling kotak dan kalau rajin,
staple
atau gamkan hujung atas. Kalau tak berapa rajin, adik-adik
boleh pin sahaja
pada memo-board bergabus. Gunakan magnet untuk memo-board besi.
Item 2:
Kotak Comel

Muat turun
Ok, kotak yang ni
comel aje tapi adik-adik boleh menggunakannya sebagai kotak
hadiah. Contoh hadiah yang boleh dimuatkan: gelang persahabatan,
saputangan (yang
dilipat kecil-kecil), cincin dan lain-lain barangan yang comel.
Kak Emila dah lukis riben dan
gift tag, adik cuma perlu tulis nama si penerima sahaja!
Bagus kan?
Item
3: Bookmark

Muat turun
Adik-adik perlu
mencetak bookmark-bookmark ini diatas kertas yang agak tebal
sedikit.
Kalau tiada kertas tebal, adik-adik boleh mencetak di atas kertas
biasa dan tampal
diatas kertas kadbod yang digunting dari kotak sarapan bijiran/kotak
kasut/kulit majalah
lama dan lain-lain.
Suka tak? Kalau suka, tinggalkan
komen di bawah! Terima kasih! We love you!
|